Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluahkan rasa kesalnya kerana jumlah individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semakin bertambah.
Kredit foto: Berita Harian
"Nampaknya, setiap hari mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB bertambah dari seorang ke 10 orang, seterusnya meningkat kepada 72 orang semalam dan hari ini meningkat 132 orang.
"Mungkin ramai menganggap PKPB tidak tertakluk kepada undang-undang. Apabila ditahan mereka akan dikenakan kompaun RM1,000 atau dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Tambahnya, kesemua yang ditahan kini direman untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, Ismail mengumumkan bahawa kesalahan melangar SOP PKPB adalah tertakluk di bawah Akta 342. - CARI |