|
SEORANG lelaki cuba melanggar isterinya selepas dikatakan naik angin ketika bergaduh di belakang sebuah premis pemborong di kawasan Stargate, Tandop, Alor Setar, semalam.
Bagaimanapun, mangsa berusia 52 tahun sempat diselamatkan anak mereka yang berada di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat masalah keluarga.
Beliau berkata, suspek berusia 42 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai cuba melanggar mangsa.
"Namun, anak mereka yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan ibunya dari dilanggar," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.
Mohd Rozi berkata, suspek ditahan sejurus selepas kejadian apabila mangsa membuat laporan polis.
Beliau berkata, suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
"Siasatan masih dijalankan setakat ini untuk mencari punca sebenar kejadian berlaku," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 8:42 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|