Berapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagaimana dengan persiapan raya pula? Anda dah 'bereskan' semuanya?
Walaupun tidak akan semeriah tahun-tahun lepas dek kerana pandemik Covid-19, namun diharapkan ianya tidak mematahkan semangat anda sekeluarga untuk beraya.
Jadi, untuk menaikkan semangat beraya, jom kita buat biskut raya paling senang dibuat iaitu Biskut Suji Badam yang hanya menggunakan empat bahan sahaja seperti dikongsikan Majalah Rasa ini.
Kredit foto: FB
Sudahlah cara membuatnya senang, rasanya yang rapuh dan cair di dalam mulut juga membuatkan terasa asyik kala mengunyahnya. Apatah lagi dengan gandingan serbuk badam bersama minyak sapi, memang gerenti sedap!
Jom kita tengok resipi asal oleh pengguna Facebook, Maria Bentalib.
Bahan bahan:
1kg tepung gandum
300g gula halus
400g minyak sapi
100g serbuk badam
Kredit foto: FB
Cara membuatnya juga mudah. Ikuti sahaja langkah seperti dibawah.
1) Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.
Kredit foto: FB
2) Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Uli hingga menjadi doh, rehatkan.
Kredit foto: FB
3) Gentelkan bulat-bulat kecil. Letakkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit.
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Inilah hasilnya, mudah dan menjimatkan. Boleh buat berulang kali sebab pasti menjadi. Eh! Ini biskut yang sama Uqasha Senrose buat kan? - CARI
|