CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9452|Reply: 76

Kesan Covid-19 Terhadap Industri Perkahwinan

[Copy link]
Post time 20-5-2020 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Seperti kebanyakan sektor lain dalam ekonomi, industri perkahwinan juga telah terkesan akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Gambar hiasan
Kredit foto: Perfect Wedding Guide




Menurut Jabatan Perangkaan, pada 2018 terdapat sebanyak 206,253 perkahwinan dilangsungkan di dalam negara. Bayangkan berapa besar industri perkahwinan ini sebenarnya menyara hidup ramai usahawan mikro yang meliputi banyak segmen dalam industri perkahwinan.


Antaranya termasuklah perancang perkahwinan, jurugambar, pereka busana, pembekal bunga, penggubah kek, kedai cetak dan banyak lagi yang terbabit dengan industri perkahwinan.


Selain dari usahawan-usahawan mikro, segmen berikut juga adalah sebahagian dari ekosistem perkahwinan iaitu hotel, restoran, pusat konvensyen, katering, penerbitan majalah berkaitan perkahwian dan portal perkahwinan online.




Gambar hiasan
Kredit foto: Pesona Pengantin





Dengan perlaksanaan PKP, industri perkahwinan terus terhenti kerana tiada majlis perkahwinan dibenarkan berlangsung. Bagaimanapun, ianya agak memeranjatkan kerana pasangan bakal pengantin juga tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada masa depan kerana ketidakpastian bilakah PKP akan berakhir dan apakah prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perhimpunan awam yang akan ditetapkan kerajaan pasca PKP.


"Untuk memastikan kelangsungan dan penerusan industri perkahwinan pasca PKP, kita perlu menggalakkan dan memastikan pasangan bakal pengantin terus merancang majlis perkahwinan mereka pasca PKP. Pasangan pengantin akan berkemungkinan tinggi meneruskan majlis perkahwinan jika perkara berikut dapat dipastikan dan diisytiharkan oleh kerajaan:


1. Pendirian kerajaan terhadap perhimpunan ramai.
2. Sekiranya perhimpunan ramai dibenarkan, berapakah jumlah yang dibenarkan? Secara khasnya di dalam satu majlis perkahwinan.
3. Standard Operating Procedures (SOP) yang perlu ditetapkan, dipantau dan dipatuhi semasa majlis perkahwinan.



Menurut pengarah WPAM Patrick Low, setelah garis panduan dan protokol diisytiharkan oleh kerajaan, barulah semua yang terlibat dengan industri perkahwinan akan melakukan perkara berikut:


1. Memaklumkan bakal pengantin berkenaan langkah yang perlu diambil untuk meraikan perkahwinan mereka.
2. Bekerjasama di antara pembekal dan penyedia lokasi untuk memastikan semua SOP dilaksanakan dan dipatuhi.
3. Mula merancakkan industri perkahwinan dengan menggalakkan bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan mereka dengan arah yang pasti dan membuat tempahan dengan vendor dan penyedia lokasi perkahwinan.


Untuk mengekalkan kelangsungan industri perkahwinan, industri perkahwinan juga perlu berkomunikasi bagi menyampaikan mesej untuk menggalakkan pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan untuk mempunyai corak pemikiran berikut:


1. Majlis perkahwinan idaman mereka masih boleh berlaku tidak lama lagi.
2. Proses perancangan majlis perkahwinan mereka boleh diteruskan semasa PKP.
3. Banyak vendor perkahwinan dan penyedia lokasi perkahwinan sedang menawarkan promosi dan tawaran istimewa yang akan membantu pasangan pengantin menjimatkan bajet perkahwinan mereka.

"Ianya juga salah satu daripada harapan kami supaya pihak media dapat membantu dengan menyokong industri perkahwinan dengan memberikan liputan positif, sama ada dari segi langkah proaktif yang kami telah lakukan, seperti menyerahkan surat yang ditandatangani oleh persatuan-persatuan di bawah kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menyuarakan kepayahan yang dihadapi industri seperti yang dinyatakan di atas, atau mesej positif yang kami sampaikan kepada bakal-bakal pengantin melalui media sosial dan saluran pemasaran.

"Kami juga sangat berbesar hati untuk mengaturkan sebarang temu ramah dalam talian yang pihak anda mungkin berminat untuk laksanakan bersama mana-mana vendor atau penyedia lokasi kami untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berhubung dengan situasi semasa industri perkahwinan," katanya.  - CARI









PATRICK LOW
Presiden – Wedding Proffesionals Association of Malaysia (WPAM) (NSIS-007001112019)
Email: [email protected]






LETICIA HSU
Presiden – Association of Wedding Proffesionals (AWP) (2260-09-SEL)
Email : [email protected]







LOW CHIN SIANG
Presiden – Penang Wedding Professionals Association (PWPA) (PPM-029-07-30082018)
Email : [email protected]








RUDY HIRWAN
Presiden – Malay Wedding & Portrait Photographers Malaysia (MWPPM) (PPM-010-10-18012012)
Email : [email protected]








PEH LEONG SENG
Presiden – Malaysian Gifts & Premium Association (MGPA) (PPM-011-10-1602009)
Email : [email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kawin nikah saja
impian ummi utk kahwin cara agama telah dimakbulkan

ko rasa dalam 2 tahun ni akn ada ke majlis keramaian?... xdak deqqqq
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 11:55 AM | Show all posts
nikah musim covid ni jimat belanja kenduri kendara
sedara mara tak bole kata apa kalau tak dijemput



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 11:56 AM | Show all posts
Edited by pasa at 20-5-2020 11:57 AM

syarat wajib nikah.

kenduri tahun depan pun blh.
wedding planner tak ada duit nak bayar gaji kat bangla.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:02 PM | Show all posts
bridal kat tempat iols ada yg dah tutup ofis..
barang semua simpan kat rumah je sbb tak mampu nak trus2 bayar sewa ofis tp takde sales..
siap ada yg kedai kena pecah kipas2 industri tu kena curik lg.. kesiannn..

tp on the other hand, iols mcm suka konsep kahwin musim covid ni.. cumanya kalau boleh lepas2 ni, limitkan satu wedding 300 org camtu je.. so yg tak kena jemput takde la kecik hati.. iols ni family dah lah besar, pastu sedara mara ramai.. setiap kali wedding kena 1000 kad bersamaan 2000 org gitu.. kalau 300 org je cukup la utk family iols belah mak and bapak and kawan2 iols yg tak sampai 50 org tu.. maybe iols akan jimat dekat katering je la, yg lain2 tetap sama..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Industri perkahwinan ke institusi perkahwinan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jimat belanja. Xya nak over dgn pelamin mahal makanan 10 jenis
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis pun x dapat la nk buat majlis wedding of the year dlm masa setahun dua ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 01:38 PM | Show all posts
industri kawin majlis megah bagai ni, bukan syarat sah nikah.. tu cuma sampingan aja

bila sampingan, kene jadikn industri ni cm hobi aja, bukan keje tetap.

wat yg wajib aja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
habiskan duit aja


duduk sekali lah senang.. tak. payah kawin kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kenduriiiii
Berharap sgt bulan 10 dah boleh buat kenduri kecil kecilan like 100 org dlm dewan masa nikah ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dilema sebenarnya..boyfriend dah ajak kahwin tahun ni..i pula rasa mcm nak tangguh ke next year..sebab sedih la kahwin tak de majlis proper, tak de pelamin ,kompang, photoshoot rakam video atas pelamin dgn keluarga bagai..    tapi kalau lambat kahwin, dah rasa rindu bagai...boyfriend kena transfer....i tak nak pjj lama lama..dilemanya!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 01:49 PM | Show all posts
Ramai ler yang akan bungkus kalau tak ada business lain utk suport.  Untuk tahun ni macam masih susah je nak diadakan majlis kalau boleh pun mungkin tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hikmahnya... Untung tak perlu berbelanja mewah2 lg..
Nk upah fotografer outdoor shooting la..
Upah mekap artis, sewa segala pelamin bunga, kereta pengantin... Smua tuuuuu.. Jimat beribu2..

Kna kretif buat bisnes baru..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 02:02 PM | Show all posts
apabila perbelanjaan utk majlis sehari semakin meningkat hingga puluhan ribu,

maka ada hikmahnya covid19 ni ..

lebih elok digunakan utk menghadapi kehidupan berumahtangga yg mendatang
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenabertaubat replied at 20-5-2020 12:17 PM
Industri perkahwinan ke institusi perkahwinan?

Industri tu yg berkaitan dgn perniagaan utk majlis perlahwinan...institusi tu apabila perkahwinan telah terbina....mcm institusi kekeluargaan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung kahwin masa covid..tak yah nak setting banyak benda i.e tarikh pilihan dengan dewan vs MUA vs jurugambar etc.
Jimat.jamuan kenduri tu bungkus je  antar kat jiran tetanga. ..
Tapi tulah ada industri yg terluka
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SPACE COP GABAN replied at 20-5-2020 03:40 PM
Industri tu yg berkaitan dgn perniagaan utk majlis perlahwinan...institusi tu apabila perkahwinan  ...

Ooo.. Faham. Terima kasih atas penjelasan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 06:42 PM | Show all posts
Covid19 replied at 20-5-2020 01:48 PM
Dilema sebenarnya..boyfriend dah ajak kahwin tahun ni..i pula rasa mcm nak tangguh ke next year..seb ...

kawin je la cepat
lepas tu habis covid, sanding kali ke-2, dukung anak sekali
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 06:47 PM | Show all posts
Untung la siapa2 yang kawen time ni.. Tak payah pikir banyak.. Tapi kesian jugak kat business2 yang focus pada weddings.. Diorang kena cari jalan lain untuk sustain business..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.599890 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list