Remaja lelaki pengsan di tepi jalan selepas lehernya dibelit ular sawa di Klungkung, Bali, semalam.
Memetik laporan TribunNews, Gusti Ngurah Bagus Permana, 16, ditemui orang awam rebah berhampiran motosikalnya dalam keadaan enjin masih hidup.
Menurut saksi, beberapa orang awam di tempat kejadian pada mulanya berasa takut untuk menghampiri remaja yang kelihatan kekejangan dan mukanya membiru itu kerana khuatir ia disebabkan Covid-19.
Kredit foto: TribunNews
Namun, apabila dihampiri mereka terkejut melihat leher mangsa dibelit seekor sawa sepanjang lebih kurang 1.5 meter.
"Ekornya sudah masuk ke hidung dan kepala ular masuk ke celah kelangkang.
"Telinga mangsa juga sudah berdarah," katanya.
Mereka kemudian bergegas memberi bantuan dan menghubungi ambulans sebelum Gusti dikejarkan ke hospital.
Difahamkan, ular itu diserahkan kepada pihak polis.
Menurut Pesuruhjaya polis Daerah Klungkung Nyoman Suparta, sebelum kejadian mangsa sedang menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang kepala ular yang ditangkapnya untuk dibawa pulang sekitar jam 11 pagi.
Namun, mangsa kemudian tiba-tiba berhenti dan rebah dalam keadaan lehernya dibelit haiwan berkenaan.
Kata Nyoman, ketika itu ekor ular sudah masuk ke lubang hidung dan kepala ular di celah kelangkang mangsa.
"Mangsa dikatakan sering menangkap ular untuk dipelihara," katanya.
Mangsa bernasib baik keadaannya tidak parah dan kini sudah semakin pulih. - CARI
Post time 22-5-2020 12:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang bela ular dia pun nak bela tapi x de ilmu. ...akak suka tengok...budak muda Australian ni awal.20an dengan ular kesayangan dia nama Kevin malaysian king cobra