"Sebagai tanda menerima teguran Menteri Agama dengan hati terbuka, Bro Amin padam gambar khutbah memegang septor Loki."
Kredit foto: IG Amin/HMetro
Penceramah motivasi Amin Idris memohon maaf selepas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan beberapa individu menjadikan tongkat khutbah seolah-olah bahan jenaka.
Lantaran itu, beliau turut memutuskan untuk memadam gambar berkenaan dari laman sosialnya selepas muhasabah diri dan menyedari kekhilafan dirinya.
Dalam video yang dimuat naiknya, Amin sertakan sekali petikan hadis mengenai tongkat khutbah.
Kredit foto: IG Amin
Semoga semua pihak jelas dengan pencerahan disampaikan Bro Amin ini. - CARI
|