Tiga kanak-kanak di Bolivia dikejarkan ke hospital selepas membiarkan diri mereka digigit labah-labah Black Widow kerana mahu menjadi Spider-Man.
Daily Mail melaporkan, mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu sedang mengembalak kambing di Chayanta di Potosi ketika terlihat labah-labah berbisa itu pada 14 Mei lalu.
Kredit foto: Film School Rejects / Shutterstock
Difahamkan, mereka kemudian mendekati labah-labah itu dan membiarkan ia menggigit mereka dengan harapan dapat bertukar menjadi adi wira berkenaan.
Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro berkata, kanak-kanak itu kemudian mengalami beberapa simptom dalam masa beberapa minit sebelum dibawa ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka yang bimbang.
Bagaimanapun, keadaan mereka dikatakan semakin memburuk sebelum hingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital di Llallagua.
Keesokannya pula, kanak-kanak terbabit dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak di La Paz selepas menunjukkan gejala semakin teruk seperti demam, menggigil, berpeluh dan sakit otot.
Tiga beradik itu bernasib baik kerana doktor berjaya merawat mereka sebelum dibenarkan pulang seminggu kemudian.
Lantaran kejadian, Pietro memberi amaran kepada ibu bapa supaya mengawasi anak mereka kerana kanak-kanak menganggap semua yang berlaku dalam filem adalah nyata.
Gigitan labah-labah Black Widow boleh menyebabkan pelbagai gejala dan membawa maut kepada anak kecil. - CARI
Tu dlm palaotak dah siap-siap fikir nak panjat dinding mana,
kawan mana yg dia nak bagi tau rahsia superpower,
siapa yg dia nak selamatkan,
dan lain lain.
Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cer ...
Taklah dinafikan tentang tiada jaminan kecerdikan ummah barat tu.
.... cuma berita ni jadi di Bolivia.
Sebut Bolivia ni akan teringat Argentina, Peru, Ecuador.
Jenis ummah yg tiada dirujuk oleh masyarakat dunya sebagai--> westerner a.k.a org barat
Mcm pnyanyi trans dri German tu, Kim Petras, asal llaki pehtu jdi pompuan. Mak bapak plak sokong bulat2 bliau buat surgery msa umur lgi kecil lol, skrg ni dh hbis bntuk pompuan dh, suara pun dh suara pompuan tpi I'm sure bliau xkn prnh dtg period & xboleh pregnant haha.