View: 5045|Reply: 35
|
Bayi Maut, Keluarga Kritikal Minum Darah Penyu Untuk Hindar Covid-19
[Copy link]
|
|
Bayi perempuan berusia lima bulan maut selepas diberi minum darah penyu yang didakwa mampu melindunginya daripada wabak Covid-19.
Memetik Mirror, kakaknya berusia tujuh tahun dan ibu bapanya turut dimasukkan ke hospital selepas meminum darah haiwan laut berkenaan.
Gambar hiasan
Kredit foto: Daily Mail
Menurut laporan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Rosa Duarte di Comendador pada Ahad lalu, manakala ahli keluarga lain kritikal, tetapi stabil.
Mereka disarankan mengambil ramuan itu oleh ahli sihir yang juga doktor di Haiti, lapor Dominican Republic.
Pengarah hospital berkenaan, Dahiana Volquez berkata, kes sedemikan berlaku disebabkan kejahilan segelintir masyarakat yang percaya ramuan sebegini mampu merawat penyakit tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.
Gambar hiasan
Kredit foto: Twitter
Comendador merupakan sebuah bandar di wilayah Elias Pina berhampiran sempadan Haiti-Republik Dominika.
Pada Ogos 2012, empat adik-beradik ditemui mati di Haiti ditemui maut selepas dirawat seorang 'doktor' yang mendakwa mampu merawat penyakit misteri dihidapi mereka.
Seorang pegawai bernama Wilfrid Brisson dari Marbial berkata, ahli sihir berkenaan dan adiknya memukul kanak-kanak terbabit berulang kali selepas meyakinkan ibu mangsa bahawa mereka telah dirasuk iblis dan cara itu (belasah) dapat membebaskan jiwa mereka. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gilaaa. Penat2 mengandung, beranak. Semua sia2 akibat kebodohan tak bertepian |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor yang juga ahli sihir?? Wah majuuu doktor2 sana |
|
|
|
|
|
|
|
witch doctor?
mak bapak yang bodoh, anak jadi mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
On point sangat gambar hiasan penyu di atas |
|
|
|
|
|
|
|
Nk elakkan mati sekali xpsl2 mati jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Haiti.. Kawasan sihir masih lagi tahap cipan. |
|
|
|
|
|
|
|
penyu menangis sapa la tau
sedih penyu klu tau hal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian penyu tu jadi mangsa dgn kebodohan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Haiti ni bukan ke kuat berbomoh dah ilmu sihir? Sebab tu tak maju.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian betul..semua disebabkan kepercayaan karut masyarakat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bomoh bukan doktor, org yang translate ni fikir witch doctor tu sejenis double profession kot |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya family tu ialah lab rat utk doktor tu la |
|
|
|
|
|
|
|
seulgi replied at 28-5-2020 10:53 AM
On point sangat gambar hiasan penyu di atas
sedih baca berita ni tp bila aku baca komen ko aku xleh berenti gelak...
mmg on point sgt...
penyu tu pun bosan dgn manusia2 yg xberenti nak amik telur la darah la. |
|
|
|
|
|
|
|
doktor pakar tapi part time witch yach macam harry potter tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|