Saban tahun, kebakaran hutan akan berlaku sehingga mengakibatkan jerebu teruk di Asia Tenggara.
Walaupun ramai mendakwa ianya berpunca dari Indonesia, namun negara itu enggan menerima bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, tahun ini kerajaan Indonesia telah bertindak lebih awal bagi mengawal kebakaran hutan tersebut daripada menjadi lebih buruk. Mereka memulakan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan sepanjang dua minggu lalu.
Kredit foto :Benarnews
Antara tempat yang terlibat dengan pembenihan awan ini adalah di kawasan panas seperti Riau dan merancang untuk melaksanakan kaedah sama di Borneo.
Operasi berkenaan dijangka berlangsung sepanjang musim kering ini yang mungkin berakhir September nanti, seperti dipetik dari Harian Metro.
Jurucakap Agensi Penilaian dan Penggunaan Teknologi (BPTT), Tri Handoko Seto berkata, pihaknya mengambil langkah berkenaan sebelum kebakaran hutan bermula.
"Fokus utama adalah kawasan tanah gambut yang dikeringkan untuk proses penanaman kerana ia sangat mudah terbakar."
Kredit foto : Lipi
Kebakaran tahun lalu menyebabkan jerebu teruk di Asia Tenggara sehingga menyebabkan sekolah di Malaysia dan Indonesia ditutup pada September 2019.
Kredit foto : Bernama
Sementara itu, aktivis alam sekitar Indonesia, Seto memberi amaran bahawa masalah jerebu ketika pandemik Covid-19 adalah kombinasi yang 'membunuh'.
Berdasarkan penilaian semasa, Seto meramal kebakaran mungkin berlaku tetapi tidak seteruk tahun lalu.
"Tapi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jika keadaan menjadi semakin teruk dan berlaku jerebu seperti tahun lalu, kami akan guna teknik lain. Marilah kita berdoa supaya ia tidak sampai ke tahap itu."
Kebakaran tahun lalu adalah yang terburuk pernah dicatatkan sejak 2015 berikutan cuaca kering, memusnahkan kawasan seluas 1.6 juta hektar, khususnya di Sumatera dan kepulauan Borneo.
Jadi, besar harapan kita agar ianya tidak seteruk tahun 2019. Sementelah lagi bertembung dengan pandemik Covid-19 yang masih belum menemui penawarnya. - CARI |