Kredit foto: Sinar Harian
Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Haris Alimudin menyifatkan agenda PKR bahawa hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim layak diangkat sebagai bakal Perdana Menteri membosankan rakyat.
Katanya, PKR sebagai parti utama dalam Pakatan Harapan perlu lebih berani menampilkan ramai lagi tokoh lain yang berwibawa sebagai alternatif calon PM.
Kredit foto: IG DSAI
“Hakikat bahawa aura reformasi sudah memudar harus diterima. PKR mempunyai ramai tokoh yang telah berjaya dibina. Calon terbaik buat masa ini ialah Datuk Seri Wan Azizah sendiri.
“Seorang wanita dan tidak mempunyai beban politik yang berat,” katanya dalam artikel diterbitkan Gemilang Daily seperti dipetik Suara Merdeka. - CARI |