Alhamdulillah. Nasib baik PM yg ini dengar cakap profesional seperti Dato Dr Hisham.. Kalau macam PM yg lepas dengan barisan Kabinet mereka, tak boleh nak bayangkan apa akan jadi pada negara kita. Paling annoying menteri pelancongan PH masa tu. marah2 dgn ajk masjid Putrajaya, habis di marah semua org sbb halang pelancong masuk. Menteri2 PH masih sibuk dgn kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Termasuk menteri yg rasmi acara belon panas, hari yg sama hilang jawatan menteri sbb ada orang merajuk & resign PM.
+++++++++
BERITA PENUH
Terima kasih PM dengar hujah penjawat awam - Dr Noor Hisham
Astro Awani | Jun 04, 2020 05:35 +08 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kesudian beliau mendengar hujah dari penjawat awam.
Susulan itu, keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dilakukan berlandaskan Akta 342.
“Walaupun berlakunya peralihan kerajaan ketika tempoh memerangan pandemik ini, kami di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap melaksanakan tugas kami.
"Kami terus memantau data dan merancanakan strategi bagi mengawalan penularan COVID-19.
“Pada hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yasssin memulakan tugas, beliau sudah memanggil saya untuk berbincang tentang perkembangan pandemik ini.
“Apa yang penting adalah kami berjaya meyakinkan beliau untuk mengambil tindakan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah negara ini mengikut Akta 342 dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas kesudian mendengar hujah kami,” jelasnya.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham sekali lagi menegaskan setiap keputusan yang dicapai oleh KKM adalah berlandaskan data dan fakta.
Beliau berkata demikian dalam program Temu Minda KKMM yang dihoskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada malam Rabu.
Post time 4-6-2020 09:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Covid19 replied at 4-6-2020 09:38 AM
Syukurrrr kerajaan bertukar
syukur dpt PM yg x sombong & dgr cakap penjawat awam.... syukur Allah datangkan insan yg tepat pd masanya pada waktu krisis paling dasyat. Tak boleh bayangkan keadaan Negara Msia pd masa itu klu PH masih memerintah.
Terima kasih Dr Noor Hisham, Tengku Zafrul, Ismail Sabri, dan semua frontliners. Anda la pejuang kami....kami rakyat sentisa menyokong n maukan yg terbaik dr anda. Good Luck n Well Done...
Sampai sekarang saya tak faham kenapa DAP & PKR tidak marah atok. Walhal punca utama kejatuhan PH adalah perletakkan jawatan atok dan malah atok tidak berbincang pun dengan mereka-mereka ini untuk letak jawatan. Atau boleh jelaskan tak kenapa? Mungkin saya terlepas pandang.
Post time 4-6-2020 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ntahapapantah replied at 4-6-2020 11:26 AM
Sampai sekarang saya tak faham kenapa DAP & PKR tidak marah atok. Walhal punca utama kejatuhan PH ...
Aku rasa paling logik alasan ada nk x nk PH still terpaksa guna pengaruh utk utk tarik undi melayu (ada lagi ke melayu yg tertarik dgn Atuk)..... Tu jer