Mod raya PKPB masih terasa, mungkin ada yang baru selesai puasa 6, apa kata kita masak kari tulang rusuk dimakan dengan roti jala bersama keluarga tersayang.
Pasti anak-anak suka, satu kelainan dalam hidangan keluarga anda, maklumlah makanan seperti ini hanya dihidangkan pada jamuan hari raya atau majlis keraian.
Mari tengok bagaimana memasak kari tulang rusuk, kami hanya menggunakan 3 sudu besar ibu sambal untuk 2 kg tulang rusuk lembu.
Bahan-bahannya:
2 kg tulang rusuk, sedikit bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia, 1 paket serbuk kari daging, santan, garam, gula dan 3 sudu besar ibu sambal.
Cara memasak:
Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Kemudian masukkan 3 sudu besar ibu sambal diikuti dengan serbuk kari daging. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih dan akhir sekali masukkan tulang rusuk. Garam dan gula secukup rasa.
Selamat mencuba menu istimewa kari tulang rusuk pada hujung minggu begini, pasti menyelerakan...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register