Jika sebelum ini, aktres Janna Nick meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap peniaga online yang suka mendesak, terbaharu, aktres Uqasha Senrose pula berkongsi rasa tidak senang dengan peniaga online.
Menerusi Instagram Stories pada Sabtu lalu, Uqasha menegaskan bahawa sikap segelintir peniaga yang menghantar makanan kepadanya untuk dirasai amat dihargai.
Namun, itu adalah kerana ianya didakwa pemberian seikhlas hati. Bagaimanapun, apabila sentiasa diasak dengan pertanyaan bila mahu dikongsikan di Instagramnya, aktres ini mula terasa hati seperti yang dilaporkan portal Astro Gempak.
Kredit foto : Astro Gempek
"Nak kongsi cerita ni, sangat lawak. Saya dapat makanan daripada orang lain dan kita terima sebab nak hargai pemberian tu. Sebagai balasan kita akan tolong kongsi, war-warkan kepada ramai orang. Kita ikhlas nak buat dan jadi lagi gembira apabila dapat kongsi rezeki tanpa disuruh. Tapi apabila saya lambat kongsi disebabkan ada kerja lain untuk diselesaikan, saya ditanya banyak soalan. Bila nak 'post', bila nak 'tagged' makanan itu."
Kredit foto : IG
Bagi Uqasha, apabila berlakunya perkara sebegini, sikap peniaga itu boleh dipersoakan kerana tidak ikhlas. Pemberian 'ikhlas' mereka itu seolah-olah ada udang di sebalik batu.
"Secara peribadi saya rasa benda tu dah tak ikhlas. Apa yang awak bagi tu macam mengharapkan balasan daripada saya. Mula-mula itu ikhlas terima, tapi dah jadi macam ni perasaan dah berubah."
Kredit foto : ig
Lebih malang apabila Uqasha menerangkan hal yang sebenarnya kepada mereka, dia pula dimarahi.
"Bila saya dah terangkan, dia pula yang menyalak tinggi dari saya. Dia pula cakap saya rumit (complicated). Saya rasa tak relevan."
Macam-macam ya kerenah peniaga online ni. Sepatutnya bila dah 'pemberian ikhlas' tu, janganlah mengharap yang berlebihan. Dah nama pun hadiah. Buat Uqasha, bersabar ya. - CARI