|
Norma baru akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian.
Baik urusan pekerjaan, pembelajaran, temu duga untuk kerja, mahupun temu duga untuk melanjutkan pengajian, hampir semuanya dilakukan online.
Pelbagai insiden sering kali berlaku ekoran masalah isyarat telefon dan kelajuan Internet yang dihadapi terutama ketika sesi temu duga.
Kredit foto: Twitter
Seperti yang berlaku kepada gadis ini kerana terpaksa menjalani sesi temu duga secara online di bawah pokok bagi mendapatkan isyarat Internet yang stabil.
Tulisnya di Twitter, pensyarah Dr Rozanizam Zakaria memaklumkan, kejadian berlaku ketika sesi temuduga bagi kemasukan program perubatan di sebuah universiti.
Beliau bagaimanapun memahami keadaan dialami calon temu duga dari sebuah kampung di Besut, Terengganu, pagi Rabu itu.
Kredit foto: Twitter
"Sesi temu duga secara maya adalah yang pertama bagi saya dan mereka yang lain. Jadi, kalau ada yang line Internet tiba-tiba terputus tu memang kami faham.
"Kita hubungi semula dan sambung atau ulang sesi temu duga. Sememangnya ia merupakan sebahagian buat kita semua melalui pengalaman baharu," katanya kepada mStar.
Jelasnya, proses temu duga gadis itu berjalan lancar walaupun ditemani 'muzik latar' kicauan burung dan angin lalu.
Malah katanya, calon berkenaan kelihatan berkeyakinan dan fokus sepanjang temu duga berjalan.
Kredit foto: Twitter
Ramai warganet berharap agar gadis itu terpilih kerana kesungguhan ditunjukkannya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|