"Alhamdulillah rezeki lakonan masih berjalan seperti biasa."
Pelakon Shah Radhi Hazvee bersyukur diberi peluang dan masih menerima tawaran berlakon meski nama tercemar teruk ekoran kontroversi memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan, baru-baru ini.
BACA JUGA: Shah Hazvee Tak Larikan Isteri Orang - Pengurus
Kredit foto: IG
"Saya dibenarkan untuk bekerja dan tiada sebarang halangan. Saya bersyukur masih menerima tawaran berlakon dan diberi peluang untuk mencari rezeki walaupun terpalit dengan isu panas," katanya kepada Harian Metro.
Akuinya, isu itu memberi impak negatif terhadap karier lakonannya.
"Tapi, saya harap industri tidak terus menghukum memandangkan kes ini masih dalam perbicaraan," katanya.
Kredit foto: IG
Katanya, ketika dipanggil untuk memberi siasatan, Shah terus menghubungi ibunya kerana mahu memaklumkan perkara itu dari mulutnya sendiri sebelum orang lain menyampaikannya.
"Alhamdulillah selepas diikat jamin saya terus berjumpa mak. Dia berfikiran positif serta kenal saya luar dan dalam," ujarnya.
BACA JUGA: Shah Hazvee Tak Mengaku Pikat, Ajak Isteri Orang Lakukan Persetubuhan
Kredit foto: IG
Semoga semua pihak terutama yang bekerjasama dengan Shah dalam industri lakonan tidak memandang serong selagi kes belum selesai. - CARI |