Zaman dah berubah, semua nak pantas dan sedia ada di depan mata.
Pembelian secara dalam talian ternyata memudahkan orang ramai mendapatkan produk yang diingini tanpa perlu bersesak di pusat membeli belah. Hanya hujung jari sahaja dan produk tersebut akan sampai di depan mata anda.
Bukan itu saja, kebanyakan pembeli juga pasti tidak terlepas daripada mengalami pengalaman menarik sepanjang melakukan pembelian secara online seperti yang dikongsikan pemuda ini.
Menerusi akaun Twitter @Sam_Sawdy atau Daniel, beliau berkongsi bagaimana kawannya yang bernama Zahir telah membeli cermin hiasan, namun hasil yang diperolehi tidak seperti diinginkan.
Ekoran tidak berpuas hati, sahabatnya itu terus meninggalkan maklum balas di ruangan komen penjual dalam talian tersebut yang ternyata telah berjaya menarik perhatian orang ramai.
Dapat dilihat menerusi gambar yang dikongsikan, hasil cermin hiasan berbentuk hexagon yang dibelinya itu, apabila disusun membuatkan wajahnya tampak pelik.
Kredit foto: Twitter @Sam_Sawdy
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut.
Lebih melucukan, ada beberapa netizen berkongsi pengalaman serupa dengan Zahir.
Kredit foto: Twitter @Sam_Sawdy
Begitulah apabila memberi secara online, kita tak dapat nak belek sesuatu barang itu betul-betul walaupun informasi mengenai produk disertakan. Maka, lain yang diharapkan, lain pulalah yang diterima.
Anda ada pengalaman serupa tak? - CARI |