Mengejutkan! Sekeping gambar menunjukkan keadaan seekor singa jantan yang kurus kering menyayat hati warganet.
Di sebelahnya, seekor singa betina sekadar berbaring juga turut trending di Twitter.
Ramai mempersoalkan mengapa boleh jadi sebegitu sedangkan bantuan yang Zoo Negara terima sehingga berjuta ringgit. Ke manakah wang itu pergi?
Kredit foto: Twitter
Melihat situasi tersebut, warganet mahukan ketulusan daripada pihak pentadbiran. Jangan disebabkan pandemik Covid-19, kebajikan haiwan di Zoo Negara diabaikan.
Sementelah lagi, laman sesawang Zoo Negara juga tidak dikemas kini serta menunjukkan penyata kewangan. Hal ini lah yang dipersoalkan oleh mereka.
Kredit foto : Twitter
Bagaimanapun, ada yang menyatakan kos untuk menyelenggara keseluruhan haiwan dan habitatnya adalah antara RM900,000 hingga RM1.3 juta sebulan. Jadi, tidak adil menyalahkan pihak berkenaan hanya dengan melihat sekeping gambar. Banyak lagi kos yang perlu diambil kira.
Malahan, tidak semua sumbangan adalah berbentuk wang ringgit. Ada juga yang menyumbang berupa barangan.
Kredit foto : Twitter
Untuk tidak mengeruhkan keadaan, seorang warganet telah menghubungi pihak Zoo Negara berkenaan singa yang kurus itu. Jawapan yang diberikan juga di luar jangkaan.
Kredit foto : Twitter
Dalam hal ini, mungkin ada yang tidak memahami kerja di sebalik tabir. Namun, dalam masa sama, pihak pengurusan perlu lebih telus menyampaikan informasi supaya tidak berlaku salah faham.
Jadi, sama-sama kita berharap agar nasib haiwan di Zoo Negara lebih terbela. - CARI
|