Baru saja dihujani kritikan pedas selepas dikatakan 'terkucil' ketika membuat persembahan, penyanyi yang sering dikecam bersuara sumbang, Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila jumlah following di Instagramnya menjadi sifar!
Amboi, kenapa 'unfollow' semua tu? Tindakannya membuat orang ramai berspekulasi hingga ada yang menyamakannya mempunyai tahap ego tinggi seperti Beyonce!
Foto: Twitter AWATNI Buzz
Nabila bagaimanapun, meminta orang ramai agar tidak memperbesarkan isu itu. Masih ada medium lain untuk berhubung, katanya.
“Bila insiden (terkucil) hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik." Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.
“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlulah diperbesarkan, cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” jelas Bella ketika dihubungi Gempak.
Foto: IG Bella
Jelasnya lagi, dia mahu mengosongkan minda dan hanya memikirkan perkara positif sahaja.
“Pastinya saya akan follow mereka balik nanti bila tiba masanya, cuma sekarang janganlah diperbesarkan,” ujarnya. - CARI
BACA JUGA: Nabila Razali 'Terkucil' - Tokti, Dayang Dan Ernie Pun Pernah 'Lari Pitching'
BACA JUGA: Nabila Razali 'Terkucil' Lagi |