"44 hari pantang. Dari 65kg to 53kg."
Wah! Sekejap sahaja aktres Izara Aishah dah habis pantang. Makin kurus pula tu.
Dalam perkembangan terbaharu, Izara memuat naik gambarnya ketika sarat mengandung dan sebaik habis berpantang dalam baju yang sama.
Perbezaan berat badan yang ketara menunjukkan kegigihannya menjalani proses memulihkan diri selepas bersalin.
Proses pantang yang memakan masa selama 44 hari dijalani penuh disiplin bermula dengan urut, sauna, tungku, pakai bengkung semuanya berbaloi apabila berat badan turun sebanya 12 kilogram.
Kredit foto: IG Izara Aishah
Izara juga turut merakamkan penghargaan kepada wanita yang menjaga dirinya dan anak dengan baik sepanjang proses berpantang iaitu Kak Erna.
"Rawat baby sampai hilang kuning, jaga makanan izara supaya baby hilang kuning, tambah susu badan, baby tak masuk angin dan sebagainya. Rindu dah kat kak erna."
Kredit foto : IG
Lebih menarik, untuk hantaran sebegini, Izara tidak menyembunyikan ruangan komen seperti biasa. Oleh itu, ramai rakan artis dan netizen turut bangga dengan penampilan terbaru bintang Ombak Rindu, The Series ini.
Menarik lagi apabila pinggangnya yang dulu melebar kini semakin mengecil dan perlahan-lahan kembali kepada saiz asal.
"Minggu pertama Kak Erna jaga, Izara dah terpaksa beli bengkung saiz yang lebih kecil."
Kredit foto : IG
Untunglah Izara, semuanya dijaga bagaikan puteri. Padanlah makin berseri-seri selepas pantang. Sememangnya dengan penjagaan yang baik ketika berpantang mampu melahirkan fizikal dan emosi yang lebih segar. Artis lain yang berpantang okey ke tu? - CARI
|