"Gaji minima 1,500 ni dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi rupanya diperjuangkan. Siapa yang sekat? Ahli politik ke kapitalis?"
Kecoh Twitter dek keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 1969 yang memaparkan janji parti politik Perikatan untuk memperjuangkan pendapatan purata penduduk Malaysia berjumlah RM1,500.
Dengan mengambil kira tempoh 51 tahun dari tahun 2020 ini serta Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama, nampaknya cerita mengenai gaji sentiasa menjadi topik utama.
Mengapa ianya sentiasa diperkatakan? Dan mengapa sehingga sekarang, gaji minima pun masih di takuk lama? Tahun 1969 lagi janjinya RM1,500 tapi tahun 2020 pun, ia masih tersekat pada RM1,200. Salah siapa?
Kredit foto: Twitter
Hal ini turut dipersetujui warga maya yang saban tahun meminta kerajaan menilai kembali gaji minimun yang sebenarnya tidak lagi relevan dalam kehidupan serba mencabar ini.
Malah, ada yang menyimpulkan bahawa kenaikan gaji pekerja di Malaysia sangat perlahan. Ianya lebih kepada kapitalisme yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan penduduk marhein dan dibantu ahli politik yang korup.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto :akubudaktelok64.blogspot.com
Bagaimanapun, ada warganet yang menafikan kenyataan akhbar itu dan menegaskan apa yang dimaksudkan oleh Utusan Malaysia adalah gaji purata penduduk ketika itu dan bukannya gaji minimun.
Jadi, adalah kurang wajar menyamakan situasi ketika itu dengan zaman sekarang. Malah, ketika itu banyak kelebihan yang diperolehi oleh setiap pekerja seperti kenaikan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Twitter
Jika ianya bukan seperti yang didebatkan oleh warganet sekalipun, tidak dinafikan Malaysia masih berada di bawah paras gaji yang sepatutnya, lebih-lebih lagi bagi syarikat yang suka mengambil kesempatan.
Jadi, bagaimana? Wajar atau tidak gaji minimun dinaikkan hingga RM1,500? - CARI
|