Ingat lagi pada kicauan Atikah Suhaime berhubung lelaki yang selalu minta duit tapi malas berusaha, baru-baru ini?
Foto: Twitter
Ramai juga yang membuat spekulasi kononnya lelaki dimaksudkan Atikah ialah bekas tunangnya, Awi Rafael.
Awi bagaimanapun menafikan perkara itu kepada Gempak. Katanya, tak semestinya semua yang ditulis Atikah bersangkut paut dengan dirinya dan berharap perkara sebegini tidak disalah tafsir segelintir pihak.
"Saya pun tak tahu mengenai hal ini, apa yang penting, kita fikir yang terbaik kerana tidak semestinya semua yang dia tulis berkaitan dengan diri saya.
"Kini, saya hidup dalam keadaan yang tenang dan sibuk menguruskan perniagaan. Saya ada keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan yang sentiasa ada bersama saya," katanya.
Kredit foto: IG Atikah/Awi
Enggan namanya dikaitkan lagi, Awi menjelaskan kini dia mahu memberi fokus pada perkara lebih penting dalam hidup seperti kesihatan ibunya, krisis pandemik Covid-19 dan kelas muzik di studio yang diusahakan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza.
- CARI
BACA JUGA: "Saya Suka Lelaki Berduit? Mestilah, Giler!" - Atikah Suhaime |