CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 12

Jual Isteri Sebab Tak Ada Duit Ke Marah Isteri Curang?

[Copy link]
Post time 22-6-2020 10:02 AM | Show all posts |Read mode




Perbuatan keji seorang suami yang mahu menjual isterinya kepada lelaki hidung belang dapat dipatahkan polis Surabaya pada jumaat lalu.



Tertuduh berusia 35 tahun dan berasal dari Gresik itu mengiklankan isterinya untuk dijual di laman Facebook pada selasa. Selepas mendapat permintaan daripada lelaki hidung belang bagi mendapatkan layanan seks, mereka bersetuju untuk bertemu di sebuah hotel bagi tujuan tersebut.


Menurut laporan Detik News, Ketua Polis Surabaya Ardian mengesahkan tangkapan ke atas suspek atas perbuatan kejinya itu. Ardian menjelaskan yang terdapat transaksi sebelum tertuduh ditahan.



"Lelaki itu menawarkan isterinya melalui beberapa hantaran di kumpulan Facebook, selepas memperoleh tawaran daripada pelanggan dengan harga dipersetujui, pasangan itu bertemu di hotel dijanjikan. Kami menemui bil hotel, wang tunai Rp500,000 (RM151), telefon bimbit dan pakaian dalam."





Kredit foto : Detik News




Tertuduh tersebut kemudiannya memberi alasan bahawa isterinya memiliki nafsu seks yang tinggi. Selain itu, suspek memberi alasan kemerosotan ekonomi dan kecurangan isteri antara faktor dia berbuat demikian.
Menurut siasatan polis, kadar seks yang dikenakan antara Rp500,000 hingga Rp900,000 (RM273).


Kredit foto : Baylor





Malah, ketika ditemu bual wartawan, suspek mengaku dia memerlukan wang sehingga sanggup menjual isterinya.

"Sudah dua kali saya jual isteri dengan menawarkan layanan seks. Awalnya, isteri saya ada hubungan sulit, tapi saya masih sabar kerana memikirkan anak."


Terlalu banyak alasan yang diberikan oleh si suami. Adakah kerana terdesak atau marahkan isteri kerana pernah curang atau isterinya yang bernafsu besar? Yang mana satu betul? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2020 11:44 AM | Show all posts
indon ni mmg biasa churr2 ni...pergi je kt pudu...mmg indon je yg ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 12:41 PM | Show all posts
Teruknya sampai macam tu sekali buat kat isteri.Dah la bermacam alasan dia bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 12:46 PM | Show all posts
Thread dah ada semalam kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 08:39 PM | Show all posts
Tak kira apa pun alasan, salah tetap salah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ni standard rate kat sane ke?

Menurut siasatan polis, kadar seks yang dikenakan antara Rp500,000 hingga Rp900,000 (RM273).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Indonesia lagi.. banyak kes..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 04:29 PM | Show all posts
Modngengade replied at 22-6-2020 11:44 AM
indon ni mmg biasa churr2 ni...pergi je kt pudu...mmg indon je yg ramai

churr itu apa ya? bahasa robot ya..kerna malaysia mmg memerlukan kami..di kedai makan warga indonesia yang masak utk kamu,servis cucian pon warga asing,kilang proses pon warga asing juga yang kerja semuanya utk kegunaan kalian..ga ada warga asing  lumpuh malaysia ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 04:31 PM | Show all posts
laki malaysia dan laki luar negara lagi menghargai wanita indonesia daripada laki indonesia ga hargai kami
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Uuuuiiiih Trisna is back!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:06 PM | Show all posts
alasan banyak sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:45 PM | Show all posts
jantan nih suka cuckold, sambil2 menjana pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 3-7-2020 04:31 PM
laki malaysia dan laki luar negara lagi menghargai wanita indonesia daripada laki indonesia ga harga ...

Benar tapi apakah wanita Indonesia menghargai laki2selalu jer curang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.049109 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list