CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5415|Reply: 57

[Dunia] Tak semua orang tahan bau durian. 12 pekerja pos Jerman masuk hospital

[Copy link]
Post time 23-6-2020 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 27-6-2020 11:26 AM

Bau durian bikin pejabat pos di Jerman gempar
Diterbitkan Hari ini 10:24 am


GLOBAL | Dua belas pekerja pos di Jerman mendapatkan rawatan di hospital dan berpuluh-puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, lapor media hari ini.

Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan sebarang kejadian ganas atau kecemasan, sebaliknya berpunca daripada bau durian dari sebuah bungkusan yang berada di premis berkenaan.

Polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan kemudian dipanggil ke pejabat pos terbabit dalam kejadian pada kelmarin.

Kekecohan berlaku apabila salah seorang pekerja pos berasa curiga kerana terhiduu bau yang amat asing buatnya.

“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan. Seramai 60 pekerja juga dipindahkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan lebih teliti.

Setelah siasatan dibuat, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat buah durian dari Thailand. Ia milik seorang penduduk Schweinfurt - berusia 50 tahun - yang mahu mengirim 'raja buah' itu kepada rakannya di Nuremberg.

Jelas pihak polis lagi, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk rekod sebelum ini program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta.

Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana ntah, depa ingatkan bau doyan itu ialah gas leak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:54 AM | Show all posts
aku lalu depan pub hidang arak pun loya jugak..

apa ke hntar durian pakai pos acik oiii.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum nie Haku bau durian x de rasa loya muntah, pening semua, n seminggu lbh nie jiran2 beli durian bau nyer siang mlm boleh mual n pening giler2... Tp Haku x pregnant uuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku salah sorang x tahan bau durian dan langsung x nk makan durian....dia pernah cuba masa kecil terus muntah. ..sampai umur 16 tahun ni dia x mkn dah durian ...katanya busuk....rugi nikmat dunia betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
eleh poyo jah. nama bandar ko tu maknanya Babi (schwein) tak kira pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2020 12:03 PM | Show all posts
wow hebatnya raja buah... manusia pun dia boleh tumpas kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:03 PM | Show all posts

tapi mmg betul .. bau duria nboleh memeningkan dah bawa muntah ... sayapun tak tahan bau durian ... boleh pening dan muntah ...   tapi OK jer kalau makan durian ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 12:04 PM | Show all posts
Tak dinafikan bau durian kalau dalam tempat yang berhawa dingin akan jadi kuat dan merata baunya.  Jadi tak hairan mereka yang tak pernah bau atau makan durian akan fikir ia benda bahaya atau meloyakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2020 12:07 PM | Show all posts
tips nak hilangkan bau durian dlm kereta
-ambil batang durian. potong dua. sangkut pada saluran aircond kereta
-letak arang dlm kereta
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Duyan ada 200 jenis komponene berbau
Ada bau stokin
Bau roadkill
Bau panggang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2020 12:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:10 PM | Show all posts
Aku klu fresh memang tak makan.. klu orang paksa2 pun seulas pun tak habis.. tapi klu dah jadi lain contoh tempoyak buat pulak sambal daun kayu atau sambal tumis tempoyak.. korang klu kat sebelah cium bau je la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:14 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-6-2020 11:49 AM
Kat mana ntah, depa ingatkan bau doyan itu ialah gas leak...

kat Aussie sana... kecoh pasal gas leak... sekali sape tah pi bawa durian masuk...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:18 PM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 23-6-2020 12:20 PM

pekerja pos german tu admit bukan sbb bau durian kot
tapi bau gas yg dilepaskan oleh pemakan durian
bau durian pon dah kalah, belum gas telur+petai lagi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2020 12:19 PM | Show all posts
Kecoh...Ingatkan gas bocor, selepas bomba kosongkan bangunan baru tahu rupanya bau raja buah! - Dunia | mStar
Isnin, 13 Mei 2019 3:09 PM


PERPUSTAKAAN sebuah universiti di Australia kecoh minggu lalu apabila bau gas dihidu di situ menyebabkan kakitangannya terpaksa membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Punca kejadian pada Jumaat petang itu akhirnya terbongkar sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba di perpustakaan Universiti Canberra.

Keseluruhan perpustakaan itu diarah dikosongkan untuk membolehkan pasukan penyelamat mengesan punca gas itu terhasil di bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, dalam masa sejam, sumber sebenar yang mengeluarkan bau itu dapat dikenal pasti.

"Pasukan bomba telah melengkapkan pemeriksaan dan telah menemui puncanya.

"Perpustakaan berkenaan dapat diguna seperti biasa dan bangunan itu telah diserahkan kepada pihak universiti," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukan penyelamat itu.

Bagaimanapun, pasukan bomba tidak mendedahkan dari mana datangnya bau gas itu, sebaliknya menyerahkan kepada kakitangan perpustakaan universiti itu untuk mengumumkannya.

"Durian", itulah penyebab utama kejadian berkenaan.

Dikenali Raja Buah oleh warga Britain, Alfred Russel Wallace, buah dari Malaysia ini sememangnya mempunyai penggemarnya tersendiri, malahan ia terkenal di China.

Bagaimanapun, baunya yang kuat menyebabkan ia dilarang dibawa ke hotel atau pengangkutan awam di seluruh Asia.

Menurut kakitangan perpustakaan berkenaan, buah berkenaan telah diletakkan berdekatan bolong udara siling di aras dua bangunan dan ia telah dikeluarkan daripada beg.

"Kini dibuka!" demikian posting pada Facebook perpustakaan.

"Gas yang dikesan dalam bangunan adalah selamat, ia daripada durian yang ditinggalkan dalam tong sampah!."

Kejadian ini adalah yang kedua berlaku di perpustakaan sebuah universiti di Australia.

Pada April tahun lalu, kira-kira 600 kakitangan dan pelajar sebuah kampus diarahkan supaya mengosongkan bangunan selepas pasukan bomba menerima panggilan berkaitan kebocoran gas.

Berdasarkan reaksi pelajar di Canberra sebaik mengetahui punca bau berkenaan, nampaknya kakitangan universiti berkenaan perlu membiasakan diri dengan buah itu.

"Saya sungguh gembira ada yang meletakkan dalam tong! hahaha yum yum saya suka durian," demikian reaksi netizen di Facebook.

"Simpan bijinya kemudian tanam mungkin dapat eksport ke China...Durian itu raja!" kata seorang netizen lagi. -SCMP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak la news ni..poyo je durian ittew
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:21 PM | Show all posts
i thought the westerners or Europeans already know what is durian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:23 PM | Show all posts
nikmat yg x terkata



Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:39 PM | Show all posts
sebusuk bau durian, bau kentut acik semua lagi busuk ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.549467 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list