Sampai meleleh air mata Aeril Zafrel ketika membuat ujian saringan Covid-19. Eh, kenapa pula tu?
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aeril memaklumkan bahawa dia membuat ujian berkenaan selepas berasa tidak sedap badan.
"Result dapat semalam. Alhamdulillah, negatif covid, positif handsome," tulisnya.
Kredit foto: IG Aeril
Berkata kepada Harian Metro, Aeril membuat ujian berkenaan atas rasa tanggungjawab bukan saja pada diri sendiri, malah pada orang sekeliling.
"Disebabkan rasa was-was, jadi untuk sedapkan hati saya panggil doktor dan buat ujian Covid-19. Bagi saya, ini lebih kepada tanggungjawab diri sendiri. Ditambah pula, saya ada tiga anak dan sudah keluar bekerja.
"Sebelum ini pun ada kes yang tidak mempunyai gejala. Itu yang kita takut.
"Sewaktu buat ujian itu memang rasa sakit sehingga meleleh air mata, tapi sekejap saja. Sebab kena buat dua bahagian iaitu hidung dan mulut," katanya kepada Harian Metro. - CARI