“(Dulu) DAP memanggil saya diktator, rasuah, menyeleweng kuasa dan macam-macam lagi.
Kenapa ini terjadi? Kerana semasa anda sedang bertarung, kamu akan memanggil lawan sebagai syaitan walaupun dia ini orang yang baik,” katanya.
Dr. Mahathir berkata, DAP sekarang amat berbeza dengan DAP yang melawannya pada satu ketika dulu."
https://malaysiagazette.com/2020/06/25/dap-sudah-banyak-berubah-tun-m/
Sebenarnya, saya tak berapa faham apa mesej yang PM7 cuba sampaikan.
Adakah PM7 kata dulu DAP sangat jahat dan sering memfitnah dia dengan pelbagai tuduhan seperti diktator, rasuah, menyeleweng kuasa dan macam-macam lagi manakala dia sanggup menipu orang Melayu untuk memfitnah serta membenci DAP hanya kerana mereka bertarung masa itu?
Atau PM7 kata DAP sekarang sudah hilang prinsip dan tidak lagi memfitnah dia kerana DAP kini bergantung kepada PM7 untuk sedikit sokongan Melayu dengan memecah-belah undi Melayu manakala PM7 pula bergantung kepada DAP untuk kerusi-kerusi parlimen mereka?
Ataupun PM7 kata dia sanggup terus memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan walaupun saya orang baik hanya kerana PM7 bertarung dengan saya sekarang?
Siapa boleh beri penjelasan?
Kredit page DSN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register