Wanita warga emas mengurung anak perempuannya selama 26 tahun kerana mahu 'melindunginya dari bahaya dunia luar'.
The Sun melaporkan, Nadezhda Bushueva kini berusia 42 tahun dikurung dalam sebuah bangsal buruk dan berkongsi makanan dan tempat tidur dengan kucing.
Nadezhda Bushueva
Difahamkan, mereka berdua tinggal di dalam bangsal berkenaan tanpa kemudahan elektrik, mahupun sumber air.
Menurut laporan, hanya selepas ibunya dimasukkan ke hospital, barulah Nadezhda meninggalkan rumahnya di Arefinsky, Rusia.
Tatyana mula mengurung Nadezhda sejak mangsa tamat persekolahan ketika berusia 16 tahun dan tidak membenarkannya menyambung pengajian atau mencari kerja.
Terlalu lama terkurung membuat mangsa terbiasa dengan situasinya hingga langsung tidak mencuba untuk melarikan diri.
Tatyana
Mereka juga hidup terasing dari penduduk setempat terutama selepas Tatyana bersara dan menolak semua bantuan kerajaan.
Situasi kehidupan mereka terbongkar selepas Nadezhda ke pejabat Datuk Bandar Vasily Tovarnov kerana ibunya jatuh sakit.
Dia mendedahkan bahawa mereka tinggal di dalam rumah yang dipenuhi tikus dan kucing, malah tidak membuang bangkainya jika haiwan berkenaan mati di dalam kediaman mereka.
Nadezhda juga mangakui tidak pernah mandi sejak 2006.
Kredit foto: The Sun/Central European News
"Hidup saya lebih buruk berbanding kucing. Saya seolah-olah tidak wujud bagaikan mayat hidup," katanya. - CARI |