"Lawak jugalah BNM buat kajian duit simpanan rakyat Malaysia tiap tahun, tapi rate gaji sama je sendu macam 10 tahun lepas, pastu buat-buat terkejut rakyat tak ada saving, choi."
Kredit foto: Sinar Harian
Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan 75 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 tidaklah mengejutkan. Ini kerana rata-rata masalah simpanan sedikit atau tiada simpanan langsung adalah perkara biasa bagi golongan B40 walaupun sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.
Bagaimanapun, adilkah menyalahkan rakyat semata-mata tanpa melihat kepada akar umbi punca masalah tersebut?
Dengan kajian sama setiap tahun, adakah kerajaan masih belum tahu apa yang membuatkan majoriti rakyat tidak mempunyai simpanan kecemasan?
Seorang pengguna Twitter mengulangi situasi ini berlaku kerana krisis ekonomi telah pun berlaku sejak lama dahulu. Ianya ditambah dengan masalah lain seperti majikan yang membayar gaji rendah.
Kredit foto: Twitter
Menurut Pali, kebanyakan syarikat di Malaysia susah memberi gaji yang tinggi kerana hanya bersaing di pasaran Malaysia sahaja tanpa berfikir untuk lebih global. Berbeza dengan syarikat yang bersaing di peringkat Antarabangsa seperti Top Glove, TNB, Axiata, mereka mampu memberi gaji lebih tinggi kerana kadar keuntungan sendiri tinggi.
Jadi, bagaimana pula untuk mendapatkan pekerjaan tersebut sedangkan persaingan itu sendiri sangat sengit.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Forum Lowyat
Dalam masa sama, apa yang kerajaan lakukan untuk mengatasi masalah ini? Sedangkan gaji minima sendiri pun, masih ada yang culas dalam membayarnya.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan ianya adalah masalah inividu. Boleh sahaja menyimpan, tetapi kenalah ikat perut sedikit.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Sinar Harian
Simpanan kecemasan waima hanya RM1,000 bukanlah perkara yang harus dipandang mudah. Ia menandakan rakyat Malaysia masih ramai yang susah. Apa yang kita boleh lakukan? - CARI
|