Pernah menggemparkan dunia dengan perkahwinan berjumlah ASD82 juta (RM351.37 juta), namun kini diisytiharkan muflis.
Ahli perniagaan, Pramod Mittal yang membelanjakan jutaan ringgit bagi majlis perkahwinan anak perempuannya selama tiga hari berturut-turut pada 2013, kini muflis.
Menurut laporan portal berita Daily Beast, Pramod, 64, yang juga adik kepada taikun Lakshmi Mittal, 79, (individu ke-19 terkaya di Britain) mempunyai hutang sebanyak ASD160 juta (RM685.60 juta).
Kredit foto : Times of India
Pramod dianggap hilang kekayaan ketika terbabit dalam satu siasatan berkaitan jenayah terancang. Dia pernah disiasat polis Bosnia pada tahun lalu.
Difahamkan, dua beradik yang tinggal di rumah mewah di London itu tidak begitu akrab sejak beberapa tahun lalu dan permusuhan mereka memang diketahui ramai pihak.
Kredit foto : FB
Sebelum ini, Pramod mengadakan perkahwinan mewah di Barcelona, Sepanyol pada 2013 untuk anak perempuannya, Shristi dengan menampilkan kek setinggi enam tingkat dan seberat 60 kilogram yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada abangnya.
Ini kerana Lakshmi dikatakan pernah membelanjakan ASD60 juta (RM256.80 juta) untuk perkahwinan anak perempuannya, Vanisha.
Majlis perkahwinan pada tahun 2004 itu diadakan di Istana Versailles di luar Paris dengan persembahan penyanyi terkenal, Kylie Minogue dan pertunjukan bunga api yang dilancarkan dari Menara Eiffel.
Kebankrapan Pramod itu adalah berikutan perjanjian yang dibuat pada 2006 apabila beliau bertindak sebagai penjamin untuk satu perniagaan Bosnia seperti ditulis Sinar Harian.
Nampaknya, di mana-mana sekalipun akan ada perbalahan adik beradik sama ada perebutan harta atau pun menunjuk-nunjuk. Mungkinkah kedua-duanya berkaitan? - CARI |