Pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta terseliuh kaki kirinya apabila kain yang dipakainya terpijak oleh pelakon tambahan.
Kredit foto: IG Che Ta
Insiden dikatakan berlaku ketika beliau sedang menjalani penggambaran drama Dayang Senandung terbitan Zeels Production di sebuah hotel di Puchong.
"Betullah malang tidak berbau. Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.
"Sampai berbalut lutut. Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran," katanya kepada BH Online.
Diberi tempoh seminggu untuk berehat dan terpaksa menggunakan tongkat, Che Ta berharap ianya tidak akan menyusahkan pihak produksi.
Kredit foto: IG Che Ta
Macam mana la agaknya tongkat Che Ta nanti ya, mungkinkah akan direka khas sesuai dengan dirinya yang sentiasa menitikberatkan cara pemakaiannya?
Apa-apapun, sama-sama kita doakan semoga Che Ta cepat sembuh. - CARI |