'Betul, betul, betul!' Dengar sahaja dialog ini pasti kita terus terbayang dua kanak-kanak kembar Upin Ipin yang merupakan watak utama animasi Upin dan Ipin.
Animasi ini kini popular di India, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara Asia yang lain.
Namun, agak menyedihkan. Usai popular sejak 2016, ada pihak tidak bertanggungjawab telah melucahkan animasi ini sama ada dalam bentuk video dan memes.
Perkara ini sudah menjadi tular dan disuarakan kembali oleh penceramah motivasi terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi laman Twitter beliau.
Perkara ini sudah berlarutan agak lama dan video atau memes mengenainya semakin banyak dihasilkan. Namun setakat ini, difahamkan tiada tindakan diambil pihak Les Copaque terhadap pelaku-pelaku ini.
Rata-rata netizen berasa lega kerana akhirnya perkara ini disuarakan. Yalah, siapa tak ralat apabila animasi kebanggaan kita disabotaj sedemikian rupa.
Sedih tengok cerita zaman kanak-kanak jadi bahan lucah dan fitnah sebegini
Versi lucah dapat berbelas juta views
Les Copaque boleh saman tak?
Upin Ipin anak Kak Ros?
Kredit foto: Twitter Akhi
Upin Ipin hanyalah watak animasi sahaja. Pelik juga kenapa wujud pelbagai video dan memes jelik untuk watak animasi yang comel ini.
Harap pihak Les Copaque mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku yang mensabotaj animasi Upin Ipin ini. - CARI
|