Sejak kehadiran platform penstriman menguasai dunia, masyarakat global tidak lagi bergantung pada rancangan televisyen sebagai hiburan semata-mata.
Ini kerana saluran penstriman seperti Netflix, Ifflix, Viu, Apple TV, Disney Plus berlumba-lumba menyiarkan program yang menarik minat pelbagai golongan.
Namun, yang menjadi masalahnya apabila ada platform tersebut didakwa melanggar etika dengan menayangkan cerita yang mengandungi elemen seksual melampau seperti yang dilakukan oleh Netflix ketika ini.
Menerusi filem 365 Days, ia seolah-olah mempromosikan culik, rogol dan eksploitasi seks yang diadaptasikan dalam jalan cerita yang mengkhayalkan. Ia turut menarik perhatian penyanyi, Duffy yang menyeru Netflix supaya menarik balik tayangan filem 365 Days.
Kredit foto: Wikipedia
Duffy, 36, berkata, dia kecewa dengan Netflix yang tidak sensitif dan terlepas pandang terhadap jalan cerita filem itu seperti yang dilaporkan BBC.
"Sangat menyedihkan apabila Netflix menyajikan wayang yang menukar penculikan kepada erotik, keganasan dan pemerdagangan seks sebagai filem yang seksi. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh terlepas pandang, tidak sensitif, dan tidak sedar bahayanya."
Kredit foto: Oprah Magazine
Penyanyi lagu Mercy itu sebelum ini pernah berhadapan detik hitam menjadi mangsa dadah dan rogol menyelar tujuan filem itu ditayangkan.
Jadi, dia perlu tampil bersuara kerana pernah mengalaminya dan masih berusaha menenangkan diri sendiri. Malah, jenayah diperdagangkan dan dirogol sangat menghantuinya sehingga kini.
"Saya bernasib baik berjaya diselamatkan. Tapi, ramai mangsa lain tidak cukup bertuah. Dan sekarang saya kena tonton tragedi ini yang pernah saya lalu, dierotikkan dan diperlekeh. Anda rasa saya tak marah?
Kredit foto: The Eastern.echo
Dalam filem berkenaan, watak Massimo lakonan Michele Morrone menculik Laura (Anna-Maria Sieklucka) dan menyuruh untuk jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 365 hari. Sepanjang tempoh itu, banyak babak hubungan intim dipertontonkan.
Jadi, Duffy sudah bersuara, kita tunggu sama ada isu sama turut disuarakan oleh artis lain pula selepas ini. Ada siapa yang dah tonton filem ini? - CARI
|