Bersin adalah sesuatu perkara normal yang berlaku walaupun terhadap haiwan. Bersin sebenarnya bertujuan untuk mengusir benda asing yang tersimpan di saluran pernafasan.
Walaupun begitu, perasan tak gaya bersin setiap orang tidak sama? Ada yang perlahan dan ada yang kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling.
Baru-baru ini, tular di Twitter gaya bersin seorang pemuda yang menarik perhatian netizen. Video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang pemuda bernama Nabil sedang merakam dirinya bersantai bersama seorang rakan.
Namun, sambil merakam, dia tanpa sengaja telah terbersin sebanyak dua kali sebelum mentertawakan dirinya sendiri.
Gaya bersinnya hampir tidak kedengaran dan kelihatan begitu sopan. Macam bunyi penyembur sahaja, tidak seperti kebanyakan lelaki.
Ternyata selepas melihat video singkat itu, rata-rata netizen baik lelaki mahupun perempuan, 'cair' dengan keayuan bunyi bersin Nabil.
Kredit foto: Twitter @nabilqawim
Berdasarkan komen, bukan kaum Adam sahaja yang membandingkan gaya bersin mereka dengan Nabil, malah ada jua kaum Hawa yang berasa tergugat kerana bunyi bersin mereka sangat kuat mengalahkan lelaki.
Ha, korang punya gaya bersin macam mana? - CARI |