Grup memasak yang dikendalikan oleh lelaki memang mendapat sambutan ramai pihak. Grup yang dinamakan Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertujuan menunjukkan bakat memasak dan berkongsi menu makanan oleh para suami.
Maka, ramaiah yang berkongsi menu masing-masing. Namun, yang menjadi masalahnya apabila grup memasak bertukar menjadi grup melucah!
Kredit foto: FB
Menurut warga Facebook, Al Irfan Jani, grup tersebut memang aman damai pada mulanya, namun apabila ada seorang yang memulakan lawak 'double meaning', ianya kemudian diikuti oleh ahli grup lain.
Walaupun tidak menggunakan kata-kata kesat, tetapi perkataan seperti 'third hand' merujuk kepada wanita yang berkahwin berkali-kali seolah-olah mengajak para suami lain turut berfantasi 'dirty talk' ini amat membimbangkan. Apatah lagi ianya keluar dari mulut seorang lelaki berusia yang tidak sewajarnya dituturkan.
Kredit foto: FB
Antara kemuncak 'double meaning' yang diperkatakan apabila ahli grup yang membahasakan dirinya Abah itu menyamakan Makcik Sherry (jirannya) dalam cerita tersebut wajahnya iras-iras arwah Latifah Omar. Ianya menimbulkan perdebatan antara kedua-dua pihak iaitu menyokong dan juga membantah.
'Abah' sudah meminta maaf tentang ketelanjurannya berkata-kata, tetapi cerita itu masih berlegar dalam grup yang sama. Jadi, ini grup memasak ke grup lawak 'double meaning'.
Kredit foto: FB
Bagaimanapun, ada juga ahli grup yang rasional, mahu memadam hantaran yang sebegini, sementelah lagi ia tiada kaitan pun dengan memasak.
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Panas juga ya grup lelaki jika dibiarkan bersembang. Maklumlah, pasti ada lawak lucah di mana-mana, jadi ianya adalah peranan Admin grup supaya menjernihkan keadaan, sekali gus memastikan tiada lagi post sebegitu.
Grup memasak sepatutnya kekal memasak, betul kan? - CARI
|