Semakin hari, kekejaman terhadap haiwan semakin melampau. Terbaru, seorang pengguna Facebook, Hani Suliana berkongsi mengenai kucing jantannya yang tidak pulang selama seminggu, pulang dalam keadaan lemah dan ekornya terkulai.
Berikutan itu, ekornya terpaksa diputuskan berikutan luka telah berulat.
"Dan berkemungkinan juga doktor kata kepala dia macam bengkak orang pukul. Hidung dia yang lembut tu macam kena potong," tulisnya di ruang komen.
Menerusi kemas kini hantarannya, Hani memaklumkan kucingnya yang diberi nama Tam itu sudah boleh pulang dan keadaannya semakin stabil walaupun belum aktif lagi.
Kredit foto: FB Hani Suliana
Dia mendoakan Tam cepat sihat dan si pelaku yang berbuat kejam kepada haiwan ini menerima balasan setimpal. - CARI |