Apabila tempat beriadah disalahgunakan golongan tidak bertanggungjawab, maka ianya menyusahkan ramai pihak!
Kredit foto : Twitter
Anak jati Shah Alam ini menegaskan Dataran Shah Alam bukannya tempat untuk kenderaan menunjuk-nunjuk kuasa mereka, tetapi sebenarnya tempat beriadah penduduk setempat. Oleh sebab itu, wujudnya pagar yang diletakkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semata-mata untuk melarang kenderaan memasuki tempat tersebut.
Menurut Twinnourla, Dataran Shah Alam telah diwartakan sebagai tempat riadah seperti berkelah di padang, berjalan-jalan, bersenam, jogging, menunggang basikal, bermain kasut roda, skuter dan sebagainya.
Jadi, apabila ada yang degil melanggar arahan itu, penduduk setempat tidak lagi merasa selamat. Sementelah lagi sikap pemandu yang membuat pusingan U berbahaya, membuat bunyi bising menakutkan mereka terutamanya kanak-kanak dan warga emas.
Selain itu, laluan pejalan kaki turut dirempuh oleh mat rempit dengan memotong tali penghadang yang merintangi laluan tersebut.
Isu tersebut mendapat perhatian warganet yang bertanyakan tindakan pihak berkuasa terhadap pesalah jalan raya itu. Namun Nourla menjelaskan yang Balai Polis Seksyen 11 pun sebenarnya berdekatan dengan Dataran Shah Alam, tetapi tiada tindakan diambil.
"Yang bunyi bising tu satu hal. Yang aku nak tekankan kat sini bab keselamatan. Takkan nak tunggu ada BUDAK MENINGGAL KENA LANGGAR dengan motor dan kereta semasa beriadah baru orang nak ambil tindakan?"
Kredit foto : Twitter
Persoalannya mengapa masih ada orang yang tidak reti bahasa?
Kredit foto : Twitter
Mat motor yang membuat pusingan U berbahaya - Twitter
Aduhai, kasihan pada mereka yang nak beriadah. Sudahlah banyak tempat dijadikan bangunan pencakar langit, tempat yang memang disediakan tempat beriadah pun dicerobohi manusia tidak berakal. Jadi, apa lagi harus dilakukan? -CARI
|