Percaya atau tidak, majoriti individu yang memiliki akaun sosial media menggunakan kata laluan (password) yang sama berulang kali. Cuba teka 'password' apa yang kerap digunakan?
Ya. Angka '123456' adalah kata laluan klasik yang ramai orang gunakan.
Foto :Notebookcheck
Bahayanya adalah ia mudah digodam. Lebih sejuta maklumat yang bocor menunjukkan kata laluan ulang pakai yang klasik adalah '123456' seperti dilaporkan mStar.
Satu kajian yang dijalankan oleh seorang pelajar kejuruteraan komputer, universiti di Cyprus, Turki, Ata Hakcil memuat turun lebih sejuta data yang bocor. Ia membawa kepada penemuan lebih sejuta kelayakan set data termasuk 168,919,919 kata laluan yang unik, serta lebih 7 juta menggunakan '123456'.
Foto :Hacking and cyber security
Ini bermakna, satu dari 142 kata laluan termasuk sampel yang dianalisis Hakcil adalah paling lemah dengan nombor 123456 sering diulang guna secara online sejak lima tahun berturut-turut.
Comodo cwatch
Kebanyakan pengguna, lebih gemar memilih kata laluan menggunakan abjad (29 peratus) atau nombor (13 peratus). Jadi, cuba semak 'password' anda, guna nombor klasik ke? Hati-hati, ia mudah digodam ya. - CARI |