Lima beranak maut selepas dihempap dinding rumah jirannya yang runtuh digoncang monyet.
Times of India melaporkan, kejadian yang berlaku di Shahjahanpur, Uttar Pradesh itu menyaksikan seorang ibu dan empat anak maut ketika tidur di halaman rumah.
Difahamkan kesemua mangsa tidur di situ kerana cuaca panas dan kipas di dalam rumah tidak berfungsi.
Ketika kejadian sekumpulan monyet mengggoncang dinding rumah jiran kerana tertarik dengan pokok jambu batu yang berada di kawasan berkenaan.
Disebabkan goncangan terlalu kuat, didnding runtuh lalu menghempap lima beranak.
Kredit foto: Travelience.com
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian tersebut sebagi sesuatu yang tragis dan menawarkan pampasan buat ahli keluarga mangsa.
Majistret Daerah Vikram Singh juga telah bertemu dua anak wanita tersebut yang terselamata.
Ketua Menteri Uttar Pradesh menawarkan pampasan 400,000 rupee (kira-kira RM22,793) kepada keluarga mangsa. -CARI
|