Bintang sukan ragbi Australia, Billy Burns tanpa sengaja 'tertayang' alat sulitnya bergelut dengan pemain dalam satu perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Daily Star melaporkan, kejadian berlaku ketika pasukannya, Penrith Panthers menentang North Queensland Cowboys dalam perlawanan NRL pada Ahad lalu.
Kredit foto: Daily Star/NRL
Ekoran kejadian, pemain berusia 21 tahun itu menjadi bahan jenaka oleh peminat sukan berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian seumpamanya bukan yang pertama kali berlaku.
Bintang England Rugby Union, Joe Marler memegang alat sulit kapten pasukan Wales, Alun Wyn Jones secara tidak sengaja ketika bergelut dalam perlawanan lima bulan lalu. - CARI |