Akibat terlalu percaya dengan tukang urut, seorang suami menyesal apabila isterinya dirogol lelaki itu ketika proses mengurut isterinya.
Kejadian yang berlaku di Surabaya ini menyaksikan tukang urut, Dwi Apriyanto, 40, merogol seorang suri rumah, 18, di rumah mangsa. Dalam masa sama, si suami berada di luar bilik menunggu proses urutan selesai.
Kredit foto: Tribunnews.com
Menurut laporan Tribunnews, suami tersebut mengenali tertuduh yang sudah sembilan tahun bekerja sebagai tukang urut.
Ketua Polis, AKP Subiyatana mengatakan kejadian berlaku apabila suami mangsa memanggil tertuduh datang ke rumah untuk mengurut isterinya yang mengadu sakit di bahagian perut.
"Suami mangsa tidak merasa aneh dengan gelagat tertuduh kerana telah lama mengenalinya. Bagaimanapun, setelah 30 minit berlalu, suami berasa curiga apabila mendengar suara pergaduhan di dalam bilik diikuti suara menangis dari isterinya. Kemudian, suami yang berada di ruang tamu terus masuk ke bilik lalu menyedari isterinya menjadi mangsa pemerkosaan."
Kredit foto : radarindo.co
Oleh itu, pemangsa akan dibicarakan mengikut Akta 280 KUHP mengenai pencabulan dan jika sabit kesalahan, akan dipenjarakan selama sembilan tahun.
Aduhai, kasihan mangsa. Tetapi, selamba saja dia membiarkan isteri diurut tukang urut lelaki? - CARI |