CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6861|Reply: 1

SALOMA : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

[Copy link]
Post time 27-7-2020 11:41 AM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Arwah Biduanita Negara Puan Sri Saloma mempunyai beratus-ratus lagu yang popular sejak beliau mula jadi penyanyi pada awal era 1950 an lagi. Kemerduan vokal beliau yang bak buluh perindu itu telah menjadikan beliau sebagai salah seorang Ikon Wanita Paling Berjaya di Malaysia sehingga kini.

Lagu pertama yang dirakam oleh beliau pada tahun 1954 berjudul Pandang Kasih. Pada masa itu, penyanyi lelaki popular era 50 an, S.Hamid menyokong kuat kerjaya arwah Saloma untuk berjaya di dalam bidang nyanyian. Hasilnya sungguh luar biasa sehingga Saloma berjaya menjadi salah seorang penyanyi paling popular pada era itu sebaris dengan arwah P.Ramlee, Nona Asiah, arwah Momo Latiff, arwah R.Azmi dan ramai lagi. Kolaborasi arwah Saloma menyanyikan lagu P.Ramlee di dalam filem juga telah menaikkan populariti arwah Saloma sehingga berjaya menjadi Penyanyi Wanita No.1 Malaya era 50 an sehingga hujung 60 an. Banyak anugerah dalam dan luar negara yang beliau terima. Beliau juga pernah digelar Marilyn Monroe of the East dan Perintis Fesyen Malaya.

BIODATA RINGKAS ARWAH BIDUANITA PUAN SRI SALOMA

NAMA SEBENAR : Salmah binti Ismail
UMUR : 48 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Januari 1935
TARIKH KEMATIAN : 25 April 1983
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1950-1983
ANTARA PENCAPAIAN UTAMA :
Klik Link Ini >>> Penyanyi Wanita Paling Berjaya Di Malaysia

Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi lagu signature beliau yang menjadi evergreen dan dikenali ramai sehingga kini.


12

LAGU PALING POPULAR

BIDUANTITA SALOMA

SEPANJANG ZAMAN


01.

BILA LARUT MALAM

(withPANCHA SITARA)

KOMPOSER : P.RAMLEE

PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI

FILEM : LABU DAN LABI

TAHUN : 1962

CATATAN :

Lagu ini boleh dikatakan lagu Pop nyanyian arwah Saloma paling popular dan dikenali oleh semua rakyat Malaysia (selain lagu Selamat Hari Raya). Lagu arwah Saloma bersama kumpulan vokal Pancha Sitara ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar di dalam industri hiburan tempatan kerana ianya kekal evergreen dan kerap dinyanyikan di dalam pelbagai pertandingan  nyanyian dari era 60 an sehinggalah kini. Gaya nyanyian Saloma dan vokal harmoni Pancha Sitara juga dipuji ramai kerana mempunyai identiti nyanyian tersendiri.


02.

TIRU MACAM SAYA

KOMPOSER : P.RAMLEE

PENULIS LIRIK : S.SUDARMAJI

FILEM : HUJAN PANAS (1953)

TAHUN : 1974 (Rakaman Saloma)

CATATAN :

Lagu ini adalah nyanyian asal biduanita Nona Asiah di dalam filem Hujan Panas tahun 1953. Lagu dipopularkan semula oleh arwah Saloma pada tahun 1974 dan turut menjadi lagu signature beliau.



Untuk info lanjut, boleh rujuk sumber rujukan ini >>> LAGU SALOMA PALING POPULAR



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagu ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 3217 Replies : 19
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38135 Replies : 296
Gadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wajar atau tidak zaman sekarang
YgBenarGadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wa
Views : 34632 Replies : 214
Update :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh individu yang dikenalinya. ! Anggota Polis Ditahan.Hilang Sejak 10 Julai, Pulis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
YgBenarUpdate :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh i
Views : 172164 Replies : 2845
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 19879 Replies : 294
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
mojarean_XTidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor ke
Views : 18010 Replies : 19
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31522 Replies : 210
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91925 Replies : 794
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28349 Replies : 92
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
mojarean_XWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan d
Views : 7183 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059364 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list