Kata penyanyi lagu Syinta Gila itu dia akan melakukan pembedahan tersebut di New Delhi, India.
"Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya daripada Amerika Syarikat,"katanya kepada Media Hiburan.
Foto: IG
Menurutnya lagi, ia merupakan satu kaedah kosmetik dengan menanam implant iris pada mata.
Difahamkan prosedur tersebut adalah bertujuan untuk memperbaiki kekurangan pada mata namun turut dilakukan bagi tujuan kosmetik.
Safiey Illias kata dia sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan dan kepuasan hatinya.
"Bagi saya tak mengapalah, janji saya tak habiskan pada orang lain. Kita buat bisnes, mahu jadi cantik. Ada yang suka labur bina rumah besar, ada yang suka ubah dapur, beli baju dan sebagainya."
Sebelum ini Safiey turut mendedahkan dia menjalani proses pembedahan pada wajah, payudara dan punggung dengan kos mencecah jutaan ringgit.
Dalam masa yang sama usahawan ini sempat menasihatkan kepada orang lain suapaya tidak mengikut jejak langkahnya. -CARI
Post time 27-7-2020 05:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dia ni ada byk duit pegi la guna surgeon kylie jenner tuuuu. kata kaya kannnn. takpun mungkun muka kau xdpt diselamatkan kot. kuat sgt gene jantan kau dik. kalau kawin dah anak 4-5 kot