|
Edited by rohayatimat at 2-8-2020 12:32 AM
Tentunya anda masih dalam mod Raya Korban, apa kata kita masak gulai daging untuk jamu tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Rasa daging korban yang lebih manis memang sedap dimasak gulai daging dan dimakan bersama nasi atau cicah dengan roti.
Kami menggunakan 6 sudu besar ibu sambal untuk 4 kilogram daging dari pelbagai bahagian iaitu isi, tulang rusuk dan urat kaki.
Cara masak gulai daging: Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi dan hirisan halia. Kemudian masukkan 6 sudu besar ibu sambal dan 2 paket kecil rempah kari, kemudian kacau dan tambah sedikit air.
Masukkan daging, tambah sedikit air dan biarkan sampai separuh masak. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Garam dan gula secukup rasa.
Cubalahhhh...masak gulai daging menggunakan kuali besar ala gulai kawah ini. Pasti tak menghampakan anda...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|