Duduk dekat pantai pun boleh gementar? Rupa-rupanya, ahli kumpulan De Fam, Cik Manggis mengalami thalassophobia (rasa takut secara ekstrem terhadap perairan dalam atau laut).
Kredit foto: IG Cik Manggis
Mendedahkan perkara ini di Instagram, Cik Manggis berkata dia ada melakukan beberapa aktiviti pantai dan laut dalam usaha 'merawat' fobianya itu, namun makin teruk pula jadinya.
Berikutan itu, dia meminta nasihat atau tip daripada pengikutnya untuk mengatasi fobia tersebut.
"Moga bermanfaat utk orang ramai termasuk Manggis sendiri," tulisnya.
Siapa yang mengalami masalah sama macam Cik Manggis dan berjaya menanganinya, bolehlah kongsikan bersama yang lain ya. - CARI
|