Tergolek atas jalan. Bossku masa ni lumpuh sekejap dari pinggang kebawah. Impak 150km/h accident moto sama dengan x2 = 300km/h terhadap badan rider.
Moto2
Accident paling dahsyat musim ini 2020.
Selekoh 1st lepas selekoh Bastianini goyang2 highside jatuh tengah jalan.
Dia bangun mengelak dan sempat lari tapi moto biru dia tergolek atas jalan.
Semua mengelak moto tu, tapi 3 saat lepas tu..
Hafizh syahrin yang amek corner sambil makan slipstream orang depan..
Orang depan dia sempat nampak dan mengelak..
Hafizh syahrin yang tetibe clear pandangan tapi..
BOOM!!! berkecai macam peluru dia langgar moto biru.
Update:
Bossku rasa sakit di kaki, di celah kelangkang, dan rasa sakit macam kaki patah.
Tapi selepas diperiksa Bossku okay lebam2 kat pinggul je.
Dia dapat pembedahan mini kat siku.
Bossku kata masa accident tu dia tak tekan brek sbb boleh patah jari/ tangan. Malah masa kena moto depan, Bossku dah tak pegang handle moto, biar je rempuhan selaju 150km/h berlaku.
MotoGP
Malaikat maut melintas dua kali serentak semasa rossi amek selekoh.Zarco melolong overtake kemudian on braking tukar masuk lane morbidelli.
Moto Yamaha morbidelli SRT Petronas terpelanting cross sejengkal betul2 depan mata rossi.Dalam saat sama rossi menoleh terkejut sikit tapi..
Setengah saat lepas tu moto Ducati zarco (ex-teammate hafizh syahrin tahun lepas) sempat berkecai langgar penghadang sekali lagi cross betul2 sejengkal depan mata rossi.
Senyap, terkejut, menggeleng kepala si Rossi.
Litar bahaya menukar perlumbaan menjadi persaingan siapa boleh selamat hingga akhir.
Rossi kemudiannya menjadi rider Yamaha terpantas di tempat ke #5 semalam.