Ramai antara kita yang 'gatal tangan suka picit jerawat pada bahagian muka. Sebenarnya, perbuatan ini tidak digalakkan sama sekali kerana apabila isi jerawat meletup keluar, kulit akan berwarna kemerah-merahan.
Tambahan lagi jika jerawat anda itu belum masak. Selagi ditekan-tekan, kulit bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.
Kredit foto: Maskulin
Selain sebab di atas, tahukah anda tindakan ini membahayakan diri dan boleh mengancam nyawa sendiri? Perkara ini dikongsi Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang menyatakan bahawa terdapat risiko memicit jerawat terutamanya pada bahagian Dangerous Triangle atau segi tiga bahaya di muka.
Kredit foto: Gambar Hiasan - Era.je
Beliau berkongsi satu kes seorang pesakit wanita berusia 28 tahun yang dikejarkan ke jabatan kecemasan akibat tidak sedarkan diri. Mukanya juga terdapat jerawat besar dan merah menyala pada bahagian pangkal hidung iaitu di antara bahagian mata.
Kredit foto: Gambar Hiasan - Era.je
Menurutnya pesakit yang mempunyai suhu 39 darjah itu juga mula menunjukkan tanda sawan sebelum disahkan mengalami jangkitan selaput otak akibat kehadiran bakteria jenis Staphylococcus areus.
Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit berkenaan dijangkiti bakteria itu selepas cubaan mengeluarkan jerawat yang ada pada mukanya.
Kredit foto: The Diagnosa
Kawasan segi tiga pada muka ini akan membawa darah terus ke kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus. Cavernous Sinus pula akan membawa darah terus ke bahagian otak.
Jadi, jika ada jangkitan pada kawasan segi tiga yang ditunjukkan, risiko jangkitan untuk masuk ke dalam bahagian ini juga tinggi.
Menurut Dr Latif lagi, risiko yang mungkin berlaku sekiranya anda memecahkan jerawat sendiri khasnya pada kawasan segi tiga berbahaya ini adalah:
1. Strok, disebabkan pembentukan darah beku yang ada dalam kawasan sinus.
2. Jangkitan pada otak.
3. Lumpuh saraf disebabkan adanya kuman dalam kawasan sinus. Hasilnya, otot bahagian muka akan terjejas dan penglihatan mulai kabur.
Jadi, jika anda mempunyai jerawat yang besar dan mengganggu kehidupan anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Perbuatan memicit jerawat sendiri wajib dielakkan kerana ia boleh membahayakan kesihatan. - CARI
Sumber:
Eckberg TJ. The Dangerous Triangle (Still Dangerous). JAMA. 1969;209(4):561. doi:10.1001/jama.1969.03160170057019
Dangerous Triangle, Healhtline
Post time 21-8-2020 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu muda2 dulu klu naik jerawat sikit2,cepat2 guna sabun acne aid kat tmpt jerawat tu.cepat masak dan pecah jerawatnya dan cepat jua kering..nasib baiklah kulit bkn sejenis sllu naik jerawat..
Lps tu dgr2 sabun tu dikatakan tak halal.
.
Post time 21-8-2020 08:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah baca pasal ni dalam majalah masa remaja. Tips2 penjagaan muka ke apa ntah. Lepas tu mmg trauma, takda nak usik2 langsung jerawat kat muka. Tenyeh oxy tu je la.
Post time 21-8-2020 09:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Uiihh seram..nasib baik aku takde masalah jerawat. So takdela habit picit jerawat. Kekadang je ada tu pun jenis bawah kulit dan tak timbul. Tunggu dia subside sendiri 2,3 hari hilang la.
Post time 22-8-2020 02:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jadi nya, kalau nak picit jerawat kena g spa, pakar kulit atau jumpa Dr. Latif ke caner?
Kalau nak ikutkan, bnyk benda bahaya yg kita take for granted.
Sakit gigi contohnya. Kawan aku penah demam tak kebah2 berminggu2. Dua hari ok, 3 hari demam..camtu la hari2nya.. mula tu jumpa pakar kat satu private hospital ni, dok dalam seminggu.. still tak baik.. then last sekali dia tukar ke satu lagi private hospital yg aku keje dulu.. doktor examine, rupanya dia ada infection pada gigi yg berlubang dan gusi yg bengkak. Demam tu berpunca dari kuman di gigi, masuk ke blood stream.. bila suhu badan dah ok, doktor bg antibiotics terus cabut gigi geraham bongsu tu.. alhamdulillah la ok.