|
Pelik apabila seorang lelaki mengalami mabuk sepanjang hari walaupun tidak mengambil minuman beralkohol.
Menurut Insider, keadaan pelik itu berlaku apabila tubuh menghasilkan alkohol di dalam usus yang dikenali sebagai sindrom 'bir automatik' yang biasanya dirawat menerusi diet karbohidrat dan rawatan anti-kulat.
Gambar hiasan
Kredit foto: FoodYas
Bagaimanapun, rawatan itu dilaporkan tidak berkesan terhadap lelaki berusia 47 tahun dari Washington berkenaan hingga menyebabkan lesen memandunya ditarik kerana disangka memandu dibawah pengaruh alkohol.
Menurut laporan, doktor akhirnya berjaya menemui rawatan berkesan bagi mengatasi masalah dihadapi lelaki itu dengan melakukan 'pemindahan najis'.
Berdasarkan kajian jurnal kesihatan Annals of Internal Medicine pada Selasa, sindrom dialami lelaki itu berjaya dirawat 34 bulan selepas doktor memindahkan mikrobiota iaitu sejenis bakteria daripada najis anak perempuannya berusia 22 tahun ke dalam usus kecilnya.
Penyelidik berpendapat bahawa pertumbuhan kulat berlebihan khususnya jenis ragi, 'memakan' karbohidrat yang dimakan seseorang hingga sistem pencernaan menghasilkan alkohol walaupun tidak minum minuman beralkohol.
Gambar hiasan
Kredit foto: Healthline
Keadaan ini juga boleh berlaku terhadap seseorang yang menjalani pembedahan membabitkan saluran pencernaan atau yang baru saja menjalani rawatan antibiotik sama seperti lelaki terbabit yang menjalani pembedahan pintasan gastrik dan rawatan antibiotik. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak dengar kes ni.
tak consume alcohol, tapi mabuk sebab badan produce alcohol sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Klu baca tajuk je, ingatkn si pemabuk (sbb kuat minum) kena consume najis tu. Tu pentingnya baca article smpai abis utk tau cite sbnr |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo mabok cintan plak ,lempar najis tu kat muka kau |
|
|
|
|
|
|
|
teringat satu Historical drama Korea.. girl ni bg this guy bau najis trus datang blk deria bau dia yg hilang tetiba (atau dia mabuk masa tu.. ingat2 lupa citer tu) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesahnya nasib guna hasil dari anak sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|