Video yang dimuat naik oleh Natrah Ismail baru-baru ini telah menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.
Rakaman berdurasi 14 saat itu menyaksikan wanita berkenaan duduk berseorangan di atas jengkaut di kawasan Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.
Apa yang pelik, dalam video tersebut kedengaran suara misteri seolah-olah sedang merayu.
"Video saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet," katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, "Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.
"Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.
"Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati."
Difahamkan ketika itu angin bertiup kuat. Natrah sendiri tidak menyedari adanya suara berkenaan sehinggalah memainkannya semula.
"Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.
"Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.
"Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur."
Menurut Natrah lagi, dia tidak menipu bahkan tidak pernah tahu untuk menyunting video. Terpulang kepada warganet untuk membuat penilaian katanya. -CARI
Post time 24-8-2020 04:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols kalau balik kampung,pergi kubur sorang2 takde pula terdengar yg pelik2. Tapi tanah perkuburan yg iols pergi tu bukan lah dalam ceruk kampung, tepi jalan je so tak takutlah.
tak silap ponti tu haritu mengamuk dekat ikea kan sebab tak mau pakai mask...rambut blonde dah sekarang... dulu rambut panjang warna hitam now dia dah pandai pergi saloon.