Foto: IG
Amalan solat sunat Dhuha dan surah Al-Waqiah membantu Hafreez Adam kuat dalam meneruskan kehidupan seharian.
Katanya dia menyedari kesan positif amalan itu apabila bantuan dan rezeki datang tanpa henti.
"Ada perkara yang terjadi membuatkan saya putus asa. Saya dah bersedia untuk lepaskan satu perkara. Tapi saya buat Dhuha sekejap. Lepas tu masa sampai di gim, saya dihubungi dua hamba Allah yang bantu saya selesaikan perkara yag saya dah give up tu.
"erkara baik terus terjadi. Antaranya kenalan cuba tolong tentang urusan penting babitkan masa depan saya. Ada seorang pengurus syarikat ni siap bercakap di telefon sampai setengah jam berkongsi tips untuk memudahkan kerja saya.
"Yang kedua, kawan kongsi tips dan ilmu tentang bisnes. Siap tolong selesaikan urusan kerja yang bukan kepakaran saya," tulisnya di Instagram.
Bukan itu sahaja, Hafreez juga menceritakan pengalaman pernah tertinggal dompet di timbunan beras di pasar raya tapi ditemukan semula di tempat sama.
Pelakon ini juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menghargai perkara baik yang terjadi dalam hidup. -CARI
|