Sampai naik lebam membaca kritikan dan komen negatif dilemparkan terhadap penyanyi dan pelakon Nabila Razali.
Kredit foto: IG
Situasi itu turut mendapat perhatian MK (K-Clique) yang kecewa dengan sikap warganet yang keterlaluan ketika meninggalkan komen negatif.
"Hormat. Baca sampai habis. Faham."
Katanya, dia kecewa dengan sikap segelintir manusia yang melontarkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain.
"Kalau tak ada benda baik nak cakap, diam. Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan.
"Bergurau? Biar bertempat. Tolong fikir perasaan orang lain," luahnya.
Kredit foto: IG
MK bagaimanapun memberi bayangan tidak kisah sekiranya berdepan situasi sama, namun tetap memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjaga perasaan orang lain. - CARI
|