Berikutan aktiviti sukan berbasikal dilihat semakin popular, pendakwah Ustaz Abu Syafiq tampil membuat teguran berhubung pemakaian wanita ketika melakukan aktiviti sukan itu.
Dia menegaskan bahawa pakaian ketat yang dikenakan wanita ketika berbasikal adalah haram.
"Bayangkan kalau terkemalangan, 'mati katak' gitu jelah dengan dosa," tulisnya.
Dalam masa sama, Abu Syafiq sempat menyindir mereka yang berbasikal tetapi tidak menjaga kebersihan dalam rumah.
Kredit foto: IG Abu Syafiq
"Berbasikal, tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malulah wei!" ujarnya.
Kepada siapa kata-kata itu ditujukan? - CARI |